Pages

Saturday, May 29, 2010

Siapakah Real "IRONMAN"

Klip 2 kali untuk melihat movie ini,terimakasih..



Anda dah menonton movie IRONMAN_2??bukan aper selama ini kiter ingat ia hanya sekadar movie aje tetapi realitinya memang wujud org macam ini ironman cuma dia tak cipta ironman aje,nak tahu siapa dia baca petikan dari utusan malaysia..siapakah org ini..mana tau anda saya boleh jadi macam itu boleh ubah dunia ke arah lebih baik kehidupan dan teknologi..

Elon Musk personifikasi Iron Man

JOHARDY IBRAHIM

RAMAI daripada anda mungkin sudah menonton wayang The Iron Man 2. Tentu anda sudah kenal watak utama yang dilakonkan oleh Robert Downey Jr. iaitu Tony Stark. Walaupun Iron Man itu sememangnya rekaan komik semata-mata tetapi watak Tony Stark adalah disandarkan kepada seorang genius yang benar-benar wujud! Memperkenalkan Elon Musk. Pelik nama ini. Untuk seorang lelaki kulit putih berasal dari Afrika Selatan, tiada yang pelik sangat sebenarnya pada nama itu. Tetapi bagaimana dia dikaitkan dengan watak Tony Stark? Pertamanya, dia terbabit dalam ledakan Internet, malah mencipta kekayaan pertamanya menerusinya. Kemudian dia terlibat pula dalam mencipta roket untuk bukan sekadar ke angkasa lepas tetapi sasaran ke Planet Marikh. Musk juga menarik perhatian penggemar automotif dengan model kereta elektriknya, Tesla Roadster.

Paling terbaru, Musk termasuk dalam senarai majalah Time '100 orang yang paling bakal memberi kesan kepada global pada tahun 2010'. Teristimewa, artikelnya ditulis sendiri oleh pengarah filem Iron Man 2 tersebut iaitu Jon Favreau yang mengesahkan Musk menjadi inspirasi kepadanya dalam penghasilan filem yang hangat ditayangkan sekarang. Selain itu, Musk juga dilapor membenarkan pejabat SpaceX dijadikan lokasi penggambaran babak Stark membina baju perisainya. Ternyata watak Tony Stark adalah personifikasi kepada Elon Musk iaitu seorang jutawan tetapi pada masa yang sama, adalah jurutera luar biasa yang terbabit dalam bidang roket, angkasa lepas, kereta elektrik, tenaga solar dan Internet.

Manusia pintar sebegini, hanya muncul dalam bilangan kecil setiap satu generasi. Malah, membaca kisah latar belakangnya, terasa lebih menyeronokkan dan lebih merangsang motivasi berbanding membaca kisah Bill Gates. Satu daripada artikel panjang yang cuba menghuraikan keperibadian Musk ialah tulisan Andrew Corsello dalam majalah GQ terbitan Februari 2009. Menurut Corsello, pada usia enam tahun lagi, Musk rajin membaca dan tidak melupakan fakta-fakta yang diserapkan ke mindanya. Adiknya akan bertanya 'berapa jauhkah agaknya tinggi bulan di angkasa'. Kakaknya menjawab 'satu bilion kilometer!. Dan Musk, tersenyum dan berkata, 'sebenarnya, jaraknya ialah 384,400 km'.

Kedua-dua adik beradiknya tersentak dan merenungnya dan Musk menyangka kesenyapan itu 'jemputan' untuk bercakap lagi, berkata, 'pada kadar purata'. Berpengaruh Majalah Esquire pula pada keluaran Oktober 2008 menyenaraikan Musk dalam 75 orang paling berpengaruh di dunia. Di situ, dia menjelaskan mengapa dirinya memberi tumpuan besar kepada usaha penerokaan angkasa lepas. Secara ringkasnya, Musk berhujah kemungkinan dunia berdepan dengan risiko terkena tahi bintang atau letusan gunung berapi raksasa yang akan memusnahkan manusia di muka bumi. Jalan paling wajar, ialah meneroka kehidupan di luar Bumi. Atas alasan ini, dia memulakan SpaceX. Musk berazam untuk membawa manusia ke angkasa lepas dengan menghasilkan teknologi roket dan pada masa yang sama, memastikan kos membawa manusia ke angkasa lepas boleh dinikmati ramai. Masih belum jelas siapa Musk?

Pada usia 24 tahun, Musk menghentikan pengajian peringkat doktor persuratan (Ph.D) dalam bidang fizik di universiti tersohor Stanford tidak sampai 48 jam selepas mendaftarkan diri pada 1995. Dia memilih untuk menjadi pereka perisian komputer menerusi syarikat Zip2 dan empat tahun kemudian menjualnya pada harga AS$307 juta kepada Alta Vista, satu bahagian dalam Compaq. Hasil daripada jualan itu, Musk bersama beberapa rakan melancarkan X.com iaitu syarikat perkhidmatan kewangan dengan kaedah pembayaran menerusi e-mel. Pada tahun 2000, X.com bercantum dengan Confinity, sebuah syarikat yang asalnya ditubuhkan bagi menyalurkan wang antara perkakasan Palm Pilot dan entiti yang digabungkan menerusi pembayaran e-mel menerusi PayPal, yang dimiliki oleh Confinity.

Pada Februari 2001, X.com menukar namanya kepada PayPal. Pada Oktober 2002, PayPal dibeli oleh eBay pada harga AS$1.5 bilion dalam bentuk saham. Sebelum jualan itu, Musk sebagai pemegang saham terbesarnya, memiliki 11.7 peratus ekuiti. Meneruskan cita-citanya, Musk melancarkan syarikat ketiganya, Space Exploration Technologies (SpaceX) yang kini dia menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi. SpaceX membangun dan mengeluarkan roket ke angkasa lepas. Pada 23 Disember 2008, SpaceX diberi kontrak bernilai AS$1.6 bilion oleh Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) untuk melancarkan 12 penerbangan roket angkasa lepas Falcon 9 dan Dragon ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) bagi menggantikan Space Shuttle yang dihentikan perkhidmatan tahun ini.

Di peringkat permulaan, roket milik Musk itu berfungsi mengangkut kargo manakala angkasawan menaiki roket Rusia, Soyuz. Pada masa ini, Musk masih melobi untuk mendapat kontrak mengangkut angkasawan AS ke ISS. teknologi Kalau kita berhenti sejenak dan fikirkan mengenai industri angkasa lepas. Selama ini, ia dikuasai oleh syarikat gergasi seperti Northrop Grumman, Lockheed Martin, Boeng dan sebagainya. Malaysia sendiri menggunakan teknologi firma Perancis untuk melancarkan satelit Measat. Tetapi SpaceX ini lahir sebagai sebuah 'syarikat baru bermula' tetapi kerana ia didokong oleh manusia pintar seperti Musk, era angkasa lepas diteroka oleh syarikat biasa, sudah bermula.

Sebagai penggemar kereta, saya mengaku pertama kali terbaca mengenai Musk bila dia memperkenalkan kereta elektrik Tesla Roadster pada Oktober tahun lalu. Tatkala persoalan mengenai pentingnya industri automotif mencari sumber alternatif kepada bahan api tradisional iaitu minyak petrol dan kemudian terdengar keluhan pembuat kereta bahawa kos melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas kereta elektrik sangat tinggi, tiba-tiba Musk muncul dengan Tesla Roadster. Lebih memalukan industri automotif global, Musk bukan orang yang dikenali pun sebagai 'orang automotif' seperti Carlos Ghosn misalnya.

Namun, kemunculannya bersama Tesla adalah manifestasi wawasannya untuk mewujudkan persekitaran lebih hijau kepada Bumi. Malah, Tesla disasarkan untuk menghasilkan kenderaan elektrik yang mampu dimiliki oleh ramai orang. Tesla Roadster mungkin sedikit premium tetapi Musk berhujah bahawa harganya yang mahal bertujuan menampung kos R&D untuk model untuk pengguna umum kelak. Sudah ada majalah automotif menyamakan wawasan Musk dengan Henry Ford yang menghasilkan Model T untuk kegunaan rakyat umum. Lebih menarik, Musk menawarkan kepada syarikat-syarikat pengeluar kereta supaya menggunakan enjin elektrik yang dikeluarkan oleh Tesla Motors supaya boleh menjadi pemangkin kepada R&D kereta elektrik masing-masing. Harap Proton mengambil perhatian dalam hal ini. Talian hubungan Tesla Motor boleh diperolehi di www.teslamotors.com Nanti bila Elon Musk berkunjung ke Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dan mendengar ceramahnya. Ia pasti menjana semangat untuk memajukan diri tanpa sekatan waima ke angkasa lepas sekali pun!

Thursday, May 27, 2010

Tip Mengurus Perniagaan Di Rumah




Syabas saya ucapkan pada puan-puan yang ada menjalankan perniagaan dari rumah.Antara perniagaan yang sering dijalankan dari rumah seperti berikut:-

1)Menjahit
2)Memasak lauk
3)Membuat Kek,kuih-muih,biskut
4)Membuat Pizza
5)Mengadakan kelas tuisyen
6)Menjual produk-produk jualan langsung
7)Menanam sayur
8)Menjaga anak-anak
9)Menulis Buku
10)Menjual saham amanah atau takaful

Ada di antara kita telah menjalankan perniagaan ini bertahun-tahun tapi tak pernah rasa sebarang peningkatan dari dulu sampai sekarang...sama saja?Pada isu kali ini kita akan berkongsi sedikit tip untuk para peniaga yang beroperasi dari rumah.

Alhamdulillah masih dapat menjadi suri tetapi keinginan untuk menambah taraf ekonomi keluarga mendorong anda membuat bisnes kecil-kecilan dari rumah,pastikan anak itu diuruskan dengan baik juga.Janganlah sebab ibunya sibuk ambil upah jahit,anak-anak pun tak terurus,tak salin pakaian,makan pun tak tentu dan seterusnya.

Puan-puan yang berbisnes dari rumah mesti rajin mencatat satu bentuk akaun untung rugi untuk dapat melihat apakah bisnes yang kita jalankan ini berbaloi.Buku aliran wang tunai untuk setiap bisnes yang dibuat dirumah harus ada supaya senang dibuat rujukan.Contohnya:-

Tarikh | Catatan | Wang Keluar | Wang masuk | Baki

Jadi setiap hari jika ada sebarang wang yang keluar atau masuk ,kita dapat memantau.Senanglah nanti,apabila habis satu bulan dah tahu keadaan kewangan kita dan jumlah yang tercatat mesti sama dengan wang yang ada di tangan kita.

Bayangkan jika kutipannya RM70 sehari,30% disimpan setiap hari,ini adalah RM21 sehari,dan jika kita berniaga lima hari seminggu,jumlahnya RM420 sebulan!Dalam masa setahun sudah dapat RM5,040.Dengan wang banyak ini bolehlah dibuka cek pula.Selalunya jika kita ingin membesarkan perniagaan,pihak bank suka melihat akaun bank aktif.

Matlamat kita berniaga walaupun kita anggap ianya kecil,tetapi jika dijalankan dengan cara istiqamah dan mempunyai rekod-rekod yang kemas,insya Allah ia boleh berkembang.

Sejumlah besar hasil jualan adalah keuntungan.Ini yang harus diasingkan.Jika kita inginkan berbelanja juga dengan hasil jualan setiap hari,tetapkan 'elaun harian'kita dan catat ini dalam ruang 'wang keluar' supaya mudah kita lihat situasi secara keseluruhannya.Jangan pandang remeh catatan harian ini walaupun anda rasa bisnes yang diceburi kecil.

Sunday, May 23, 2010

Wanita dicipta melengkapkan kehidupan lelaki



WANITA dalam Islam mempunyai martabat yang tersendiri malah penciptaannya mempunyai rahsia, hikmah serta keistimewaan. Mereka bukan sahaja sebagai pelengkap kehidupan kaum adam tetapi juga penerus generasi manusia di alam ini.

Namun keistimewaan wanita bukanlah sampai ke tahap untuk diagungkan dan kelemahan mereka juga bukan bererti untuk dipijak dan ditindas.

Melihat asal kejadiannya juga yang dicipta dari sebahagian rusuk Nabi Adam a.s, ia tidak dicipta dari kepala kerana mereka bukan makhluk yang perlu dijunjung dan tidak juga diciptakan dari kaki kerana mereka bukan untuk dihina. Tetapi mereka dicipta daripada anggota yang dekat di hati untuk sayangi dan dilindungi.

Namun sejarah wanita dalam pelbagai tamadun dunia memperlihatkan pelbagai evolusi. Sama ada di bumi Arab, India dan China, sejarah wanita menyaksikan mereka menjadi pemuas nafsu kaum lelaki, dinafikan haknya dalam pemilikan harta, pendidikan, sosial dan sebagainya.

Kehadiran Islam meletakkan kedudukan mereka bersesuaian dengan fitrah kejadiannya. Mereka memiliki kekuatan tersembunyi yang sangat diperlukan oleh kaum lelaki sebagai penyempurna kehidupan.
Wanita pada hari ini juga sentiasa berhadapan dengan cabaran dan mampu mencabar golongan lelaki dalam pelbagai bidang terutama kerjaya.

Namun, pada masa yang sama tanggung jawab utama sebagai isteri dan ibu menuntut kepada perhatia dan kualiti yang sewajarnya.Peranan ibu bapa tidak pernah terhenti selagi nyawa di kandung badan. Pelbagai budaya hedonisme yang melingkari kehidupan masyarakat pada hari ini memerlukan ibu bapa mempertingkatkan ilmu serta bijak menangani perubahan minda dan sikap anak-anak.

Justeru, tidak ada erti pencen dalam mendidik anak-anak bagi ibu bapa waima anak itu telah berkahwin.

Transisi dunia kanak-kanak kepada remaja juga perlu difahami oleh ibu bapa supaya mendekati mereka dengan lebih berhemah dan menjadikan mereka sebagai sahabat.

Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 33 adalah antara panduan yang perlu dijadikan panduan dalam pendidikan anak-anak: Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutlah suatu hari (pada hari itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah SWT adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.

Makan Nasi Bherani Paha Kambing dengan kawan lama







Tengok cuaca okay je...aku pun telefon leer kawan aku tuu Rosli dah 6 thn atau 7 thn dah tak jumpa..sebelum tu kami dah buat temujanji kat facebook!!! sekarangkan zaman IT kiter pun kena berubah juga ikut era moden inii nanti ketinggalan zaman plak..Anak2 muda sekarang pun dah ke tinggalan zaman ...

kami org lama plak yang mengikut peredaran zaman ..canggih tuuu facebook lagi hehehe!!!!! tanya orang muda2 sekarang apa itu facebook lepa pun tak tahu???...mungkin tak ambik tahu kut...tuu la jadi mat lepa,mat doktor sendiri,mat rempit dan aper2 mat lagiii..

kembali balik tentang makan kat Restoran Puncak Mutiara Cafe ,kami makan Nasi berani paha kambing ohhh..licin tengok kawan aku makan ..aku pun licin juga....macam2 kami bertukar cerita katakan 6tahun tak jumpa bukan 6 bulan....tengok kawan aku tu dah banyak uban bukan kat rambut ajee kening,misai dan janggut dah banyak uban...tu kira dah berumur leee...Apa pun usia meningkat tanggunjawab bertambah dan tenaga plak makin berkurang hanya iman dan amal yang menjadi kekuatan dan podaman.

Monday, May 17, 2010

"WANI" dalam kenangan

Sebelum baca bukalah video ini..terlebih dahulu!!! ditujukan kepada adik "WANI" Bagi memainkan video ini click 2 kali







Selama mengenali WANI dia adalah seorang adik yang ceria dan sentiasa peramah pada semua pekerja-kerja kat tempat dia berkerja.Bagi aku WANI adalah seorang adik yang mempunyai cita-cita,tekun dalam berkerja dan mempunyai minat untuk memyambung pelajarannya...jika dibandingankan dengan operator yang sedia ada kat situ macam tiada planning untuk masa depan mereka ....aku memberi dorongan supaya ia berusaha untuk menyabung pelajaranya daripada berkerja di kilang..yang tiada masa depan sebab aper WANI adalah operator biasa kat situ..dan pecapaian pelajaran wani tak la teruk sangat WANI teruskan cita2 hingga ke puncak kejayaan...abang dah melalui liku2 kehidupan masa belajar ...macam2 ujian ..tapi sabar hingga berjaya menghabiskannya...Untuk kita berjaya ilmu amat penting..sebab dengan ilmu kiter dapat menyelesaikan semua masalah....

Memang betul diantara kita tiada apa2 tapi ingat kiter masih ader persaudaraan (saudara islam)hubungan ini yang membuat diantara kiter mempunyai talian sampai mati,mungkin wani masih muda atau lupa perkara ni.Tak per abg tak salah-kan wani..nasihat abg pada wani janganlah cepat salah-faham fikir dulu sebelum bertidak..be profesinol sikit..

Abg nasihat WANI teruskan vitamin yang abg bagi kat wani tuu Enervon-C selain tu control makan dan banyak bersenam bila makan manis2 tu minumlahhh air masak atau mineral banyak2 supaya kandungan gula dapat di neutralkan balik dalam badan ...kerana wani masih muda lagiii jagalah..kesihatan wani..



.......Abang doakan Wani berjaya dalam mengejar cita2.......

WE FROM INFOZMEDIA.COM HOPE U SUCCESS IN YOUR FUTURE....GOOD LUCK..WANI

"WANI DALAM KENANGAN"

Tuesday, May 11, 2010

9 Panduan memulakan perniagaan yang mampu menjana keuntungan


1- Lakukan apa yang anda gemar
Anda akan menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk memulakan sebuah perniagaan serta terus membentuknya agar terus berjaya.Oleh itu,adalah penting anda benar2 seronok dengan apa yang dilakukan.

2- Memulakan perniagaan sementara anda masih bekerja
Tidak ramai orang yang mampu hidup tanpa sumber pendapatan.Ia mungkin akan mengambil masa yang lama sebelum perniagaan baru anda menghasilkan sebarang keuntungan.Masih bekerja pada peringkat awal perniagaan akan memastikan anda sentiasa mempunyai wang dalam poket.

3- Jangan lakukannya seorang diri
Anda memerlukan sistem sokongan daripada kaum keluarga dan rakan2 semasa berniaga.Mereka bukan sahaja boleh berkongsi idea,tetapi juga memberi sokongan moral ketika perlu.

4- Dapatkan pelanggan terlebih dahulu
Jangan tunggu sehingga anda memulakan perniagaan secara rasmi untuk mendapatkan pelanggan.Jalinan perniagaan dibuat pada peringkat awal lagi seperti menjual atau berikan produk atau perkhidmatan secara percuma.

5- Buat Kajian
Anda perlu membuat kajian yang banyak ketika menulis pelan perniagaan.Untuk memulakan sesebuah perniagaan,anda perlu mahir dalam industri ,produk dan perkhidmatan.Mengikut persatuan yang berkaitan dengan industri sebelum memulakan perniagaan adalah satu langkah yang baik.

6- Dapatkan bantuan profesional
Bantuan profesional seperti akauntan atau penguam dalam menguruskan perkara2 berkaitan dapat menjimatkan masa dan juga wang untuk jangka masa panjang berbanding melakukannya sendiri,terutama apabila anda tidak mempunyai kelayakan yang berkenaan.

7- Sediakan Wang
Simpan wang yang diperlukan,jika perlu.Dekati pelabur atau memberi pinjaman yang berpotensi.Pada masa yang sama,pastikan anda mempunyai pelan kewangan.Jangan menyimpan harapan untuk memulakan perniagaan dengan hanya ke bank dan mendapatkan wang yang diperlukan dengan mudah.Pemberi pinjaman biasanya tidak sukakan idea yang baru dan perniagaan tanpa rekod bukti.

8- Bersifat profesional dalam setiap aspek
Segalanya mengeani diri anda dan cara anda mengendalikan perniagaan perlu mengambarkan bahawa anda bersikap profesional dalam perniagaan.Ini bermakna anda perlu mendapatkan ke semua kelengkapan seperti kad perniagaan ,telefon dan alamat e-mel perniagaan,serta melayan orang lain dengan tertib dan profesional.

9- Pastikan anda tahu mengenai isu2 berkaitan undang2 perniagaan
Mengetahui perkara tersebut daripada peringkat awal akan membantu memudahkan anda mengenadalikan perniagaan dengan lebih baik.

Friday, May 7, 2010

Benarkah Manusia sahaja yang hidup di alam ini

Kisah manusia bermula sejak diciptanya nabi adam a.s.dan mulalah generasi manusia berkembang di seluruh alam.Bila dan Bagaimana?

Adam dan hawa a.s telah ditakdirkan menduduki planet yang bernama Bumi atau Earth mereka dihantar untuk menjalankan misi memperkembangkan manusia dan melahirkan generasi2 diseluruh mukabumi ini.Umat ketika zaman Adam a.s hingga Idris a.s disebut di dalam al quran terlampau banyak hingga keseluruhan permukaan bumi ketika itu dipenuhi oleh manusia.Mereka telah membangunkan bandar besar seperti bandar lemuria dan mu.Mereka juga telah membangun bangunan2 yang tinggi seperti piramid yang mereka tinggalkan kepada kita untuk melihat kehebatan seni bina mereka.Disamping itu mereka juga melahir sebuah kota yang serba canggih iaitu Atlantis yang menjadi misteri hingga sekarang.

Umat zaman tersebut terlalu canggih hingga mereka lupa kepada pencipta mereka yang sebenar.Mereka telah berjaya menrentasi alam semesta dan mereka mencipta kenderaan2 yang cepat seperti kilat sebagaimana kerajaan Jin yang menjadi kawan2 mereka ketika itu.Mereka telah mengembara ke planet2 dan juga galaksi2 yang jauh dari bumi.Umat Manusia telah berkembang begitu cepat hingga ke planet yang jauh dapat mereka merentasinya.Apabila masing-masing kerajaan mempunyai kekuatan mulalah mereka berperang sesama mereka ada diantara mereka lari dan berpindah ke planet yang jauh dari bumi.Kerajaan Atlantis mula menguasai dan menjadikan manusia hamba kepada mereka.Nabi idris a.s dan Nabi Nuh a.s telah dihantar untuk berdakwah untuk menyampaikan peringatan kepada manusia supaya menyembah Allah s.w.t sebagai pencipta.

Mereka umat manusia sebenarnya telah disesatkan oleh DAJJAL laknattullah Dajjal bukan akan wujud tapi sudah pun wujud sejak di zaman Adam a.s.Dajjal telah melakukan berbagai kesesatan kepada manusia dan akhir mereka sesat dari jalan yang sebenar.Mereka tidak ambil kisah peringatan dari nabi2 mereka akhir azab yang amat dahsyat telah ditimpa kepada kerajaan yang berada di bumi ketika itu untuk menjadi contoh kepada kerajaan yang lain yang berada jauh dari BUMI.Dajjal akhirnya sudah mengetahui takdir planet bumi dia bersama kuncu2nya telah meninggalkan bumi.

Akhirnya manusia musnah dengan segala ciptaan mereka di bumi ...........sebab itu setiap Nabi selepas nabi Nuh akan memberi memperingatan kepada umat mereka tentang kedatangan Dajjal untuk kali kedua dan terakhir.Dajjal akan dibunuh oleh seorang manusia dari keturunan Nabi muhammad s.a.w dan Nabi Isa a.s...Dua pahlawan ini yang ditunggu2 oleh manusia akhir zaman...baca lah jurnal untuk mengetahui secara detail mengenai ..kisah manusia ...

Thursday, May 6, 2010

Saat menilai cinta



Kat bawah ini ader tip2 cinta..sapa yg sedang bercinta elok lahh tuuu..tapi janji lepas tuu kahwin lahhh sampai bila nak bercinta....

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang. Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan. Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan. Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin. Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna. Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan. Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Cerita Makhluk Asing lagi "Tokoh politik Rusia dakwa





Makhluk asing melancung kat rusia..bila kita nak melancung di tempat mereka plak.. nanti mereka panggil kiter makhluk aper lahh plak...

Berita Dari Kosmo...

MOSCOW - Presiden Rusia, Dmitry Medvedev didesak untuk mengarahkan siasatan terhadap seorang pemimpin politik terkenal, Kirsan Ilyumzhinov (gambar) yang mendakwa dirinya diculik oleh sekumpulan makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.

Ilyumzhinov memberitahu seorang pengacara stesen televisyen Channel One, Vladimir Pozner pada 26 April lalu bahawa dia pernah menghabiskan masa selama berberapa jam dengan beberapa makhluk asing itu.

Dia mendakwa makhluk asing itu memakai sut angkasa berwarna kuning dan mirip seperti manusia.

Menurutnya, makhluk itu telah melawat apartmen yang didiaminya di pinggir Moscow pada 18 September 1997.

Ahli politik tersebut mendakwa dia diberi peluang untuk terbang dengan kapal angkasa makhluk asing itu.

Ekoran pendedahan itu, seorang ahli Parlimen Rusia, Andre Lebedev menggesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan meminta pemimpin-pemimpin politik diberi garis panduan apa yang perlu dilakukan jika diculik oleh makhluk asing.

Dalam sepucuk surat kepada Medvedev, Lebedev menyuarakan kebimbangan jika maklumat rahsia negara bocor kepada makhluk asing itu.

Dia menganggap dakwaan Ilyumzhinov sebagai bukan gurauan kerana ia merupakan peristiwa bersejarah.

Ilyumzhinov yang menerajui pentadbiran wilayah Kalmykia di tepi Laut Kaspia itu memiliki reputasi berpengaruh dengan menjadikan wilayahnya sebagai tuan rumah banyak kejohanan catur antarabangsa.

Dia ialah jutawan dan bekas ahli perniagaan.

Ketika ditemuramah oleh pengacara stesen televisyen itu, katanya, dia terjaga daripada tidur apabila terdengar seseorang memanggilnya dari balkoni dan melihat sebuah kapal angkasa yang mempunyai bentuk seperti separuh tiub dan telus.

Menurutnya, dia tidak tahu berkomunikasi dengan makhluk itu tetapi menganggap pertemuan itu sebagai cara bertukar-tukar idea ketika dibawa menaiki pesawat.

Dia berkata, makhluk asing itu datang ke bumi untuk mengambil sampel. - Agensi

Wednesday, May 5, 2010

Short name sama pewatakan berbeza



Ini dia ornag kata rambut sama hitam hati lain2..tapi kawan aku..seorang dah kahwin.tapi yg satu tu..belum lagii!!! bujang nama pun...tapi minat tuu lebih kurang sama..minat berniaga...moga2 kiter harap kawan2 kiter niii semua berjaya..dlam perniagaan yang mereka jalan...janji mereka ader perubahaan dalam hidup untuk berjaya..bukan semata2 makan gaji sahaja...

Computer CAP_7 model baru





Cap _7 ni harga murah juga...RM 650 yg aku dpt tapi kat pasaran mungkin lebih tinggi...tapi sayang aku punyer LCD tak boleh support ...model in dia punyer graphic card guna connector jenis HDMI..aku cuba convert kepada hdmi to Vga tapi tak berjaya pun..LCD aku tak boleh display...mungkin dia kena guna LCD yang ader HDMI...tapi sapa2 nak beli aku ader tempat harga mcm aku kata kat atas tadi..berminat boleh contact sama gua...

Pemandangan di pagi hari tempat track joging Tasik Mengkuang Dam





hari..ni ramai juga pi joging..makin ramai orng kiter pi joging mungkin dah ader kesedaran tentang kesihatan yang perlu di maintain...sya sempat ambil beberapa gambar di sekitar mengkuang Dam..bukan aper supaya nanti ader orang tertarik untuk pi joging kat sana..track joging pun cantik..tambahan dengan pemandangan yang indah dan udara pagi yang nyaman...ramai2 lerr kiter pi kat sana....
 

Blogger