Pagi ni aku pi jalan2 naik bukit cerok tok kun nak pi mengkuang Dam lambat nanti panas so aku pun pi lahh cerok tok kun..lama dah tak pi kat sana ,lepa buat macam2 perubahaan ..kolam pun buat lain .dan taman2 pun diubah suai.kawan2 boleh bawa anak2 pi mandi ka situ sambil pi jalan2 kat bukit tuu.
Wednesday, June 30, 2010
Jalan2 di Bukit Cerok Tok Kun Bukit Mertajam
Pagi ni aku pi jalan2 naik bukit cerok tok kun nak pi mengkuang Dam lambat nanti panas so aku pun pi lahh cerok tok kun..lama dah tak pi kat sana ,lepa buat macam2 perubahaan ..kolam pun buat lain .dan taman2 pun diubah suai.kawan2 boleh bawa anak2 pi mandi ka situ sambil pi jalan2 kat bukit tuu.
Posted by
idros
at
6:26 AM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Saturday, May 29, 2010
Siapakah Real "IRONMAN"
Klip 2 kali untuk melihat movie ini,terimakasih..
Anda dah menonton movie IRONMAN_2??bukan aper selama ini kiter ingat ia hanya sekadar movie aje tetapi realitinya memang wujud org macam ini ironman cuma dia tak cipta ironman aje,nak tahu siapa dia baca petikan dari utusan malaysia..siapakah org ini..mana tau anda saya boleh jadi macam itu boleh ubah dunia ke arah lebih baik kehidupan dan teknologi..
Elon Musk personifikasi Iron Man
JOHARDY IBRAHIM
RAMAI daripada anda mungkin sudah menonton wayang The Iron Man 2. Tentu anda sudah kenal watak utama yang dilakonkan oleh Robert Downey Jr. iaitu Tony Stark. Walaupun Iron Man itu sememangnya rekaan komik semata-mata tetapi watak Tony Stark adalah disandarkan kepada seorang genius yang benar-benar wujud! Memperkenalkan Elon Musk. Pelik nama ini. Untuk seorang lelaki kulit putih berasal dari Afrika Selatan, tiada yang pelik sangat sebenarnya pada nama itu. Tetapi bagaimana dia dikaitkan dengan watak Tony Stark? Pertamanya, dia terbabit dalam ledakan Internet, malah mencipta kekayaan pertamanya menerusinya. Kemudian dia terlibat pula dalam mencipta roket untuk bukan sekadar ke angkasa lepas tetapi sasaran ke Planet Marikh. Musk juga menarik perhatian penggemar automotif dengan model kereta elektriknya, Tesla Roadster.
Paling terbaru, Musk termasuk dalam senarai majalah Time '100 orang yang paling bakal memberi kesan kepada global pada tahun 2010'. Teristimewa, artikelnya ditulis sendiri oleh pengarah filem Iron Man 2 tersebut iaitu Jon Favreau yang mengesahkan Musk menjadi inspirasi kepadanya dalam penghasilan filem yang hangat ditayangkan sekarang. Selain itu, Musk juga dilapor membenarkan pejabat SpaceX dijadikan lokasi penggambaran babak Stark membina baju perisainya. Ternyata watak Tony Stark adalah personifikasi kepada Elon Musk iaitu seorang jutawan tetapi pada masa yang sama, adalah jurutera luar biasa yang terbabit dalam bidang roket, angkasa lepas, kereta elektrik, tenaga solar dan Internet.
Manusia pintar sebegini, hanya muncul dalam bilangan kecil setiap satu generasi. Malah, membaca kisah latar belakangnya, terasa lebih menyeronokkan dan lebih merangsang motivasi berbanding membaca kisah Bill Gates. Satu daripada artikel panjang yang cuba menghuraikan keperibadian Musk ialah tulisan Andrew Corsello dalam majalah GQ terbitan Februari 2009. Menurut Corsello, pada usia enam tahun lagi, Musk rajin membaca dan tidak melupakan fakta-fakta yang diserapkan ke mindanya. Adiknya akan bertanya 'berapa jauhkah agaknya tinggi bulan di angkasa'. Kakaknya menjawab 'satu bilion kilometer!. Dan Musk, tersenyum dan berkata, 'sebenarnya, jaraknya ialah 384,400 km'.
Kedua-dua adik beradiknya tersentak dan merenungnya dan Musk menyangka kesenyapan itu 'jemputan' untuk bercakap lagi, berkata, 'pada kadar purata'. Berpengaruh Majalah Esquire pula pada keluaran Oktober 2008 menyenaraikan Musk dalam 75 orang paling berpengaruh di dunia. Di situ, dia menjelaskan mengapa dirinya memberi tumpuan besar kepada usaha penerokaan angkasa lepas. Secara ringkasnya, Musk berhujah kemungkinan dunia berdepan dengan risiko terkena tahi bintang atau letusan gunung berapi raksasa yang akan memusnahkan manusia di muka bumi. Jalan paling wajar, ialah meneroka kehidupan di luar Bumi. Atas alasan ini, dia memulakan SpaceX. Musk berazam untuk membawa manusia ke angkasa lepas dengan menghasilkan teknologi roket dan pada masa yang sama, memastikan kos membawa manusia ke angkasa lepas boleh dinikmati ramai. Masih belum jelas siapa Musk?
Pada usia 24 tahun, Musk menghentikan pengajian peringkat doktor persuratan (Ph.D) dalam bidang fizik di universiti tersohor Stanford tidak sampai 48 jam selepas mendaftarkan diri pada 1995. Dia memilih untuk menjadi pereka perisian komputer menerusi syarikat Zip2 dan empat tahun kemudian menjualnya pada harga AS$307 juta kepada Alta Vista, satu bahagian dalam Compaq. Hasil daripada jualan itu, Musk bersama beberapa rakan melancarkan X.com iaitu syarikat perkhidmatan kewangan dengan kaedah pembayaran menerusi e-mel. Pada tahun 2000, X.com bercantum dengan Confinity, sebuah syarikat yang asalnya ditubuhkan bagi menyalurkan wang antara perkakasan Palm Pilot dan entiti yang digabungkan menerusi pembayaran e-mel menerusi PayPal, yang dimiliki oleh Confinity.
Pada Februari 2001, X.com menukar namanya kepada PayPal. Pada Oktober 2002, PayPal dibeli oleh eBay pada harga AS$1.5 bilion dalam bentuk saham. Sebelum jualan itu, Musk sebagai pemegang saham terbesarnya, memiliki 11.7 peratus ekuiti. Meneruskan cita-citanya, Musk melancarkan syarikat ketiganya, Space Exploration Technologies (SpaceX) yang kini dia menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi. SpaceX membangun dan mengeluarkan roket ke angkasa lepas. Pada 23 Disember 2008, SpaceX diberi kontrak bernilai AS$1.6 bilion oleh Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) untuk melancarkan 12 penerbangan roket angkasa lepas Falcon 9 dan Dragon ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) bagi menggantikan Space Shuttle yang dihentikan perkhidmatan tahun ini.
Di peringkat permulaan, roket milik Musk itu berfungsi mengangkut kargo manakala angkasawan menaiki roket Rusia, Soyuz. Pada masa ini, Musk masih melobi untuk mendapat kontrak mengangkut angkasawan AS ke ISS. teknologi Kalau kita berhenti sejenak dan fikirkan mengenai industri angkasa lepas. Selama ini, ia dikuasai oleh syarikat gergasi seperti Northrop Grumman, Lockheed Martin, Boeng dan sebagainya. Malaysia sendiri menggunakan teknologi firma Perancis untuk melancarkan satelit Measat. Tetapi SpaceX ini lahir sebagai sebuah 'syarikat baru bermula' tetapi kerana ia didokong oleh manusia pintar seperti Musk, era angkasa lepas diteroka oleh syarikat biasa, sudah bermula.
Sebagai penggemar kereta, saya mengaku pertama kali terbaca mengenai Musk bila dia memperkenalkan kereta elektrik Tesla Roadster pada Oktober tahun lalu. Tatkala persoalan mengenai pentingnya industri automotif mencari sumber alternatif kepada bahan api tradisional iaitu minyak petrol dan kemudian terdengar keluhan pembuat kereta bahawa kos melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas kereta elektrik sangat tinggi, tiba-tiba Musk muncul dengan Tesla Roadster. Lebih memalukan industri automotif global, Musk bukan orang yang dikenali pun sebagai 'orang automotif' seperti Carlos Ghosn misalnya.
Namun, kemunculannya bersama Tesla adalah manifestasi wawasannya untuk mewujudkan persekitaran lebih hijau kepada Bumi. Malah, Tesla disasarkan untuk menghasilkan kenderaan elektrik yang mampu dimiliki oleh ramai orang. Tesla Roadster mungkin sedikit premium tetapi Musk berhujah bahawa harganya yang mahal bertujuan menampung kos R&D untuk model untuk pengguna umum kelak. Sudah ada majalah automotif menyamakan wawasan Musk dengan Henry Ford yang menghasilkan Model T untuk kegunaan rakyat umum. Lebih menarik, Musk menawarkan kepada syarikat-syarikat pengeluar kereta supaya menggunakan enjin elektrik yang dikeluarkan oleh Tesla Motors supaya boleh menjadi pemangkin kepada R&D kereta elektrik masing-masing. Harap Proton mengambil perhatian dalam hal ini. Talian hubungan Tesla Motor boleh diperolehi di www.teslamotors.com Nanti bila Elon Musk berkunjung ke Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dan mendengar ceramahnya. Ia pasti menjana semangat untuk memajukan diri tanpa sekatan waima ke angkasa lepas sekali pun!

6:16 PM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Thursday, May 27, 2010
Tip Mengurus Perniagaan Di Rumah
Syabas saya ucapkan pada puan-puan yang ada menjalankan perniagaan dari rumah.Antara perniagaan yang sering dijalankan dari rumah seperti berikut:-
1)Menjahit
2)Memasak lauk
3)Membuat Kek,kuih-muih,biskut
4)Membuat Pizza
5)Mengadakan kelas tuisyen
6)Menjual produk-produk jualan langsung
7)Menanam sayur
8)Menjaga anak-anak
9)Menulis Buku
10)Menjual saham amanah atau takaful
Ada di antara kita telah menjalankan perniagaan ini bertahun-tahun tapi tak pernah rasa sebarang peningkatan dari dulu sampai sekarang...sama saja?Pada isu kali ini kita akan berkongsi sedikit tip untuk para peniaga yang beroperasi dari rumah.
Alhamdulillah masih dapat menjadi suri tetapi keinginan untuk menambah taraf ekonomi keluarga mendorong anda membuat bisnes kecil-kecilan dari rumah,pastikan anak itu diuruskan dengan baik juga.Janganlah sebab ibunya sibuk ambil upah jahit,anak-anak pun tak terurus,tak salin pakaian,makan pun tak tentu dan seterusnya.
Puan-puan yang berbisnes dari rumah mesti rajin mencatat satu bentuk akaun untung rugi untuk dapat melihat apakah bisnes yang kita jalankan ini berbaloi.Buku aliran wang tunai untuk setiap bisnes yang dibuat dirumah harus ada supaya senang dibuat rujukan.Contohnya:-
Tarikh | Catatan | Wang Keluar | Wang masuk | Baki
Jadi setiap hari jika ada sebarang wang yang keluar atau masuk ,kita dapat memantau.Senanglah nanti,apabila habis satu bulan dah tahu keadaan kewangan kita dan jumlah yang tercatat mesti sama dengan wang yang ada di tangan kita.
Bayangkan jika kutipannya RM70 sehari,30% disimpan setiap hari,ini adalah RM21 sehari,dan jika kita berniaga lima hari seminggu,jumlahnya RM420 sebulan!Dalam masa setahun sudah dapat RM5,040.Dengan wang banyak ini bolehlah dibuka cek pula.Selalunya jika kita ingin membesarkan perniagaan,pihak bank suka melihat akaun bank aktif.
Matlamat kita berniaga walaupun kita anggap ianya kecil,tetapi jika dijalankan dengan cara istiqamah dan mempunyai rekod-rekod yang kemas,insya Allah ia boleh berkembang.
Sejumlah besar hasil jualan adalah keuntungan.Ini yang harus diasingkan.Jika kita inginkan berbelanja juga dengan hasil jualan setiap hari,tetapkan 'elaun harian'kita dan catat ini dalam ruang 'wang keluar' supaya mudah kita lihat situasi secara keseluruhannya.Jangan pandang remeh catatan harian ini walaupun anda rasa bisnes yang diceburi kecil.
Posted by
idros
at
11:54 PM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Sunday, May 23, 2010
Wanita dicipta melengkapkan kehidupan lelaki
WANITA dalam Islam mempunyai martabat yang tersendiri malah penciptaannya mempunyai rahsia, hikmah serta keistimewaan. Mereka bukan sahaja sebagai pelengkap kehidupan kaum adam tetapi juga penerus generasi manusia di alam ini.
Namun keistimewaan wanita bukanlah sampai ke tahap untuk diagungkan dan kelemahan mereka juga bukan bererti untuk dipijak dan ditindas.
Melihat asal kejadiannya juga yang dicipta dari sebahagian rusuk Nabi Adam a.s, ia tidak dicipta dari kepala kerana mereka bukan makhluk yang perlu dijunjung dan tidak juga diciptakan dari kaki kerana mereka bukan untuk dihina. Tetapi mereka dicipta daripada anggota yang dekat di hati untuk sayangi dan dilindungi.
Namun sejarah wanita dalam pelbagai tamadun dunia memperlihatkan pelbagai evolusi. Sama ada di bumi Arab, India dan China, sejarah wanita menyaksikan mereka menjadi pemuas nafsu kaum lelaki, dinafikan haknya dalam pemilikan harta, pendidikan, sosial dan sebagainya.
Kehadiran Islam meletakkan kedudukan mereka bersesuaian dengan fitrah kejadiannya. Mereka memiliki kekuatan tersembunyi yang sangat diperlukan oleh kaum lelaki sebagai penyempurna kehidupan.
Wanita pada hari ini juga sentiasa berhadapan dengan cabaran dan mampu mencabar golongan lelaki dalam pelbagai bidang terutama kerjaya.
Namun, pada masa yang sama tanggung jawab utama sebagai isteri dan ibu menuntut kepada perhatia dan kualiti yang sewajarnya.Peranan ibu bapa tidak pernah terhenti selagi nyawa di kandung badan. Pelbagai budaya hedonisme yang melingkari kehidupan masyarakat pada hari ini memerlukan ibu bapa mempertingkatkan ilmu serta bijak menangani perubahan minda dan sikap anak-anak.
Justeru, tidak ada erti pencen dalam mendidik anak-anak bagi ibu bapa waima anak itu telah berkahwin.
Transisi dunia kanak-kanak kepada remaja juga perlu difahami oleh ibu bapa supaya mendekati mereka dengan lebih berhemah dan menjadikan mereka sebagai sahabat.
Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 33 adalah antara panduan yang perlu dijadikan panduan dalam pendidikan anak-anak: Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutlah suatu hari (pada hari itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah SWT adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.
Posted by
idros
at
4:34 AM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Makan Nasi Bherani Paha Kambing dengan kawan lama
Tengok cuaca okay je...aku pun telefon leer kawan aku tuu Rosli dah 6 thn atau 7 thn dah tak jumpa..sebelum tu kami dah buat temujanji kat facebook!!! sekarangkan zaman IT kiter pun kena berubah juga ikut era moden inii nanti ketinggalan zaman plak..Anak2 muda sekarang pun dah ke tinggalan zaman ...
kami org lama plak yang mengikut peredaran zaman ..canggih tuuu facebook lagi hehehe!!!!! tanya orang muda2 sekarang apa itu facebook lepa pun tak tahu???...mungkin tak ambik tahu kut...tuu la jadi mat lepa,mat doktor sendiri,mat rempit dan aper2 mat lagiii..
kembali balik tentang makan kat Restoran Puncak Mutiara Cafe ,kami makan Nasi berani paha kambing ohhh..licin tengok kawan aku makan ..aku pun licin juga....macam2 kami bertukar cerita katakan 6tahun tak jumpa bukan 6 bulan....tengok kawan aku tu dah banyak uban bukan kat rambut ajee kening,misai dan janggut dah banyak uban...tu kira dah berumur leee...Apa pun usia meningkat tanggunjawab bertambah dan tenaga plak makin berkurang hanya iman dan amal yang menjadi kekuatan dan podaman.
Posted by
idros
at
1:03 AM
1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Monday, May 17, 2010
"WANI" dalam kenangan
Sebelum baca bukalah video ini..terlebih dahulu!!! ditujukan kepada adik "WANI" Bagi memainkan video ini click 2 kali

Selama mengenali WANI dia adalah seorang adik yang ceria dan sentiasa peramah pada semua pekerja-kerja kat tempat dia berkerja.Bagi aku WANI adalah seorang adik yang mempunyai cita-cita,tekun dalam berkerja dan mempunyai minat untuk memyambung pelajarannya...jika dibandingankan dengan operator yang sedia ada kat situ macam tiada planning untuk masa depan mereka ....aku memberi dorongan supaya ia berusaha untuk menyabung pelajaranya daripada berkerja di kilang..yang tiada masa depan sebab aper WANI adalah operator biasa kat situ..dan pecapaian pelajaran wani tak la teruk sangat WANI teruskan cita2 hingga ke puncak kejayaan...abang dah melalui liku2 kehidupan masa belajar ...macam2 ujian ..tapi sabar hingga berjaya menghabiskannya...Untuk kita berjaya ilmu amat penting..sebab dengan ilmu kiter dapat menyelesaikan semua masalah....
Memang betul diantara kita tiada apa2 tapi ingat kiter masih ader persaudaraan (saudara islam)hubungan ini yang membuat diantara kiter mempunyai talian sampai mati,mungkin wani masih muda atau lupa perkara ni.Tak per abg tak salah-kan wani..nasihat abg pada wani janganlah cepat salah-faham fikir dulu sebelum bertidak..be profesinol sikit..
Abg nasihat WANI teruskan vitamin yang abg bagi kat wani tuu Enervon-C selain tu control makan dan banyak bersenam bila makan manis2 tu minumlahhh air masak atau mineral banyak2 supaya kandungan gula dapat di neutralkan balik dalam badan ...kerana wani masih muda lagiii jagalah..kesihatan wani..
.......Abang doakan Wani berjaya dalam mengejar cita2.......
WE FROM INFOZMEDIA.COM HOPE U SUCCESS IN YOUR FUTURE....GOOD LUCK..WANI
"WANI DALAM KENANGAN"

8:54 AM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Tuesday, May 11, 2010
9 Panduan memulakan perniagaan yang mampu menjana keuntungan

1- Lakukan apa yang anda gemar
Anda akan menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk memulakan sebuah perniagaan serta terus membentuknya agar terus berjaya.Oleh itu,adalah penting anda benar2 seronok dengan apa yang dilakukan.
2- Memulakan perniagaan sementara anda masih bekerja
Tidak ramai orang yang mampu hidup tanpa sumber pendapatan.Ia mungkin akan mengambil masa yang lama sebelum perniagaan baru anda menghasilkan sebarang keuntungan.Masih bekerja pada peringkat awal perniagaan akan memastikan anda sentiasa mempunyai wang dalam poket.
3- Jangan lakukannya seorang diri
Anda memerlukan sistem sokongan daripada kaum keluarga dan rakan2 semasa berniaga.Mereka bukan sahaja boleh berkongsi idea,tetapi juga memberi sokongan moral ketika perlu.
4- Dapatkan pelanggan terlebih dahulu
Jangan tunggu sehingga anda memulakan perniagaan secara rasmi untuk mendapatkan pelanggan.Jalinan perniagaan dibuat pada peringkat awal lagi seperti menjual atau berikan produk atau perkhidmatan secara percuma.
5- Buat Kajian
Anda perlu membuat kajian yang banyak ketika menulis pelan perniagaan.Untuk memulakan sesebuah perniagaan,anda perlu mahir dalam industri ,produk dan perkhidmatan.Mengikut persatuan yang berkaitan dengan industri sebelum memulakan perniagaan adalah satu langkah yang baik.
6- Dapatkan bantuan profesional
Bantuan profesional seperti akauntan atau penguam dalam menguruskan perkara2 berkaitan dapat menjimatkan masa dan juga wang untuk jangka masa panjang berbanding melakukannya sendiri,terutama apabila anda tidak mempunyai kelayakan yang berkenaan.
7- Sediakan Wang
Simpan wang yang diperlukan,jika perlu.Dekati pelabur atau memberi pinjaman yang berpotensi.Pada masa yang sama,pastikan anda mempunyai pelan kewangan.Jangan menyimpan harapan untuk memulakan perniagaan dengan hanya ke bank dan mendapatkan wang yang diperlukan dengan mudah.Pemberi pinjaman biasanya tidak sukakan idea yang baru dan perniagaan tanpa rekod bukti.
8- Bersifat profesional dalam setiap aspek
Segalanya mengeani diri anda dan cara anda mengendalikan perniagaan perlu mengambarkan bahawa anda bersikap profesional dalam perniagaan.Ini bermakna anda perlu mendapatkan ke semua kelengkapan seperti kad perniagaan ,telefon dan alamat e-mel perniagaan,serta melayan orang lain dengan tertib dan profesional.
9- Pastikan anda tahu mengenai isu2 berkaitan undang2 perniagaan
Mengetahui perkara tersebut daripada peringkat awal akan membantu memudahkan anda mengenadalikan perniagaan dengan lebih baik.
Posted by
idros
at
8:46 AM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Friday, May 7, 2010
Benarkah Manusia sahaja yang hidup di alam ini
Kisah manusia bermula sejak diciptanya nabi adam a.s.dan mulalah generasi manusia berkembang di seluruh alam.Bila dan Bagaimana? Adam dan hawa a.s telah ditakdirkan menduduki planet yang bernama Bumi atau Earth mereka dihantar untuk menjalankan misi memperkembangkan manusia dan melahirkan generasi2 diseluruh mukabumi ini.Umat ketika zaman Adam a.s hingga Idris a.s disebut di dalam al quran terlampau banyak hingga keseluruhan permukaan bumi ketika itu dipenuhi oleh manusia.Mereka telah membangunkan bandar besar seperti bandar lemuria dan mu.Mereka juga telah membangun bangunan2 yang tinggi seperti piramid yang mereka tinggalkan kepada kita untuk melihat kehebatan seni bina mereka.Disamping itu mereka juga melahir sebuah kota yang serba canggih iaitu Atlantis yang menjadi misteri hingga sekarang.
Umat zaman tersebut terlalu canggih hingga mereka lupa kepada pencipta mereka yang sebenar.Mereka telah berjaya menrentasi alam semesta dan mereka mencipta kenderaan2 yang cepat seperti kilat sebagaimana kerajaan Jin yang menjadi kawan2 mereka ketika itu.Mereka telah mengembara ke planet2 dan juga galaksi2 yang jauh dari bumi.Umat Manusia telah berkembang begitu cepat hingga ke planet yang jauh dapat mereka merentasinya.Apabila masing-masing kerajaan mempunyai kekuatan mulalah mereka berperang sesama mereka ada diantara mereka lari dan berpindah ke planet yang jauh dari bumi.Kerajaan Atlantis mula menguasai dan menjadikan manusia hamba kepada mereka.Nabi idris a.s dan Nabi Nuh a.s telah dihantar untuk berdakwah untuk menyampaikan peringatan kepada manusia supaya menyembah Allah s.w.t sebagai pencipta.
Mereka umat manusia sebenarnya telah disesatkan oleh DAJJAL laknattullah Dajjal bukan akan wujud tapi sudah pun wujud sejak di zaman Adam a.s.Dajjal telah melakukan berbagai kesesatan kepada manusia dan akhir mereka sesat dari jalan yang sebenar.Mereka tidak ambil kisah peringatan dari nabi2 mereka akhir azab yang amat dahsyat telah ditimpa kepada kerajaan yang berada di bumi ketika itu untuk menjadi contoh kepada kerajaan yang lain yang berada jauh dari BUMI.Dajjal akhirnya sudah mengetahui takdir planet bumi dia bersama kuncu2nya telah meninggalkan bumi.
Akhirnya manusia musnah dengan segala ciptaan mereka di bumi ...........sebab itu setiap Nabi selepas nabi Nuh akan memberi memperingatan kepada umat mereka tentang kedatangan Dajjal untuk kali kedua dan terakhir.Dajjal akan dibunuh oleh seorang manusia dari keturunan Nabi muhammad s.a.w dan Nabi Isa a.s...Dua pahlawan ini yang ditunggu2 oleh manusia akhir zaman...baca lah jurnal untuk mengetahui secara detail mengenai ..kisah manusia ...
Posted by
idros
at
5:45 AM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Thursday, May 6, 2010
Saat menilai cinta
Kat bawah ini ader tip2 cinta..sapa yg sedang bercinta elok lahh tuuu..tapi janji lepas tuu kahwin lahhh sampai bila nak bercinta....
SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang. Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan. Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan. Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin. Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna. Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan. Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.
Posted by
idros
at
8:46 PM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Cerita Makhluk Asing lagi "Tokoh politik Rusia dakwa

Makhluk asing melancung kat rusia..bila kita nak melancung di tempat mereka plak.. nanti mereka panggil kiter makhluk aper lahh plak...
Berita Dari Kosmo...
MOSCOW - Presiden Rusia, Dmitry Medvedev didesak untuk mengarahkan siasatan terhadap seorang pemimpin politik terkenal, Kirsan Ilyumzhinov (gambar) yang mendakwa dirinya diculik oleh sekumpulan makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.
Ilyumzhinov memberitahu seorang pengacara stesen televisyen Channel One, Vladimir Pozner pada 26 April lalu bahawa dia pernah menghabiskan masa selama berberapa jam dengan beberapa makhluk asing itu.
Dia mendakwa makhluk asing itu memakai sut angkasa berwarna kuning dan mirip seperti manusia.
Menurutnya, makhluk itu telah melawat apartmen yang didiaminya di pinggir Moscow pada 18 September 1997.
Ahli politik tersebut mendakwa dia diberi peluang untuk terbang dengan kapal angkasa makhluk asing itu.
Ekoran pendedahan itu, seorang ahli Parlimen Rusia, Andre Lebedev menggesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan meminta pemimpin-pemimpin politik diberi garis panduan apa yang perlu dilakukan jika diculik oleh makhluk asing.
Dalam sepucuk surat kepada Medvedev, Lebedev menyuarakan kebimbangan jika maklumat rahsia negara bocor kepada makhluk asing itu.
Dia menganggap dakwaan Ilyumzhinov sebagai bukan gurauan kerana ia merupakan peristiwa bersejarah.
Ilyumzhinov yang menerajui pentadbiran wilayah Kalmykia di tepi Laut Kaspia itu memiliki reputasi berpengaruh dengan menjadikan wilayahnya sebagai tuan rumah banyak kejohanan catur antarabangsa.
Dia ialah jutawan dan bekas ahli perniagaan.
Ketika ditemuramah oleh pengacara stesen televisyen itu, katanya, dia terjaga daripada tidur apabila terdengar seseorang memanggilnya dari balkoni dan melihat sebuah kapal angkasa yang mempunyai bentuk seperti separuh tiub dan telus.
Menurutnya, dia tidak tahu berkomunikasi dengan makhluk itu tetapi menganggap pertemuan itu sebagai cara bertukar-tukar idea ketika dibawa menaiki pesawat.
Dia berkata, makhluk asing itu datang ke bumi untuk mengambil sampel. - Agensi
Posted by
idros
at
7:49 PM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Wednesday, May 5, 2010
Short name sama pewatakan berbeza
Ini dia ornag kata rambut sama hitam hati lain2..tapi kawan aku..seorang dah kahwin.tapi yg satu tu..belum lagii!!! bujang nama pun...tapi minat tuu lebih kurang sama..minat berniaga...moga2 kiter harap kawan2 kiter niii semua berjaya..dlam perniagaan yang mereka jalan...janji mereka ader perubahaan dalam hidup untuk berjaya..bukan semata2 makan gaji sahaja...
Posted by
idros
at
8:01 PM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Computer CAP_7 model baru
Cap _7 ni harga murah juga...RM 650 yg aku dpt tapi kat pasaran mungkin lebih tinggi...tapi sayang aku punyer LCD tak boleh support ...model in dia punyer graphic card guna connector jenis HDMI..aku cuba convert kepada hdmi to Vga tapi tak berjaya pun..LCD aku tak boleh display...mungkin dia kena guna LCD yang ader HDMI...tapi sapa2 nak beli aku ader tempat harga mcm aku kata kat atas tadi..berminat boleh contact sama gua...
Posted by
idros
at
7:48 PM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Pemandangan di pagi hari tempat track joging Tasik Mengkuang Dam
hari..ni ramai juga pi joging..makin ramai orng kiter pi joging mungkin dah ader kesedaran tentang kesihatan yang perlu di maintain...sya sempat ambil beberapa gambar di sekitar mengkuang Dam..bukan aper supaya nanti ader orang tertarik untuk pi joging kat sana..track joging pun cantik..tambahan dengan pemandangan yang indah dan udara pagi yang nyaman...ramai2 lerr kiter pi kat sana....
Posted by
idros
at
7:30 PM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Friday, April 30, 2010
sedap makan nasi dengan buah mangga lagi sedap makan ngan durian
Sedap makan nasi dengan buah mangga.....sampai licin...aku nii melantak kee...??? lama dah tak makan macam nii...resepi kampung dulu masa kecik kalau nasi ngan durian lagi best...hingga menjilat jari..makan plak dibawah pohon durian..kawan2 biasa makan macam niii...kalu budak pekan tuuu mungkin tak biasa....tapi kalu budak kampung..tu dah biasa macam nii...ada lagi resepi nak bagi sedap...bukan melantak aje...nak tau...hantar leee boleh kiter bincang ..mana tau kawan2 ada resepi bagi sedap lagiiii.......
Posted by
idros
at
10:54 PM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
ingatkan nak pi joging gagal lagi pi jusco kat perda b.mertajam tak sangka jumpa siti isteri datuk "k"
Boring duk kat rumah nak pi joging konon.... lambat lagi aku pun pi laa jalan2 kat jusco perda tuu.,nampak pelik kat jusco ramai pulak hari nii .nampak kat parking kereta penuh....hai pasal aper??? aku parking laa jauh sikit dari tempat biasa aku parking.aku pun pi laa jalan2 kat bahagian tengah jusco itu rupa2nya siti buat promosi SIMPLYSiti hebat promosi siti!!mana tak hebat... sapa yang beli tuuu boleh bergambar dengan siti...tapi tak nampak Datuk "K" sibuk keje kutt..Nak ambil gambar punyer lerr susah....sebab first time dapat life tengok siti...sihat laaa pulak siti niii!!!nampak macam nak ikut badan adik siti yang sihat tuuuu....
lepas tuuu aku pi minum2 dahaga....kat medan selera Jusco...aku pun tengok jam pukul berapa sekarang rupa2nya dah pukul 6.00 ptg...habis aku punyer program nak pi joging..esok pagi laaa plak...
Apa pun Tahniah untuk siti....buat bisnis.....I HOPE U BUSINESS IS GOING UP....thanks kat Datuk "K" beri semangat kat siti suruh berniaga....sampai bila mau menyanyiiiii....

10:50 PM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
tanpa islam eropah tidak akan wujud "hebatnya islam"
Sepatutnya kiter kena ikut panduan islam...baru kiter maju 100 tahun ke depan tapi sayang manusia di dunia ini merasa islam adalah sebuah agama aje....tapi sebenarnya lebih pada itu lagi...sebab itu kelembapan teknologi yang berlaku sekarang kerana kiter meninggal islam itu sendiri...termasuk orang islam..adakah kiter rasa sekarang kita maju..dari segi teknologi dan kehidupan...tidak...sebenarnya kiter ketinggalan 100 atau 200 tahun kebelakang kerana kiter meninggalkan Al quran dan islam itu sendiri...nak ikut barat...barat pun sekarang tengah kaji al quran berapa hebatnya Al quran dan Islam.Tapi sayang orang islam ikut barat.....pandanglah ke arah barat...kiter akan ketinggalan 100 atau 200 tahun...lagiii
Apakata penulis barat jika sepanyol mengikut panduan islam....hingga sekarang
Juga menjadi bahan cerita adalah catatan seorang sejarawan Barat bertajuk: Naik dan jatuhnya syurga dunia: Manakala Arab dan Yahudi bersama membina negara di Sepanyol. Lalu diceritakan: “Manakala Tuhan mengisi tempat-tempat kosong di alam semesta, Al-Andalus memohon lima kurniaan - langit biru, lautan cantik penuh dengan ikan, pohon-pohon buahan, wanita-wanita cantik dan sebuah kerajaan yang adil. Kesemuanya dikurniai kecuali yang terakhir. Sebabnya, jika yang lain-lain dikurnai beserta sebuah kerajaan adil, maka Andalusia akan menyaingi syurga’’.
fikir-fikrikanlahhhhhh...cuba baca tulisan mazlan nordin...di bawah..petikan dari Berita Mingguan.

TANPA Islam, Eropah tidak akan wujud. Demikian salah sebuah makalah dalam buku berjudul Eropah: 50 fakta yang perlu diketahui. Lalu disebut betapa Islam pada masa lampau memerintah negara Sepanyol selama 800 tahun.
Buku ditulis oleh Emma Hartley. wartawan dan penulis yang telah bertugas dengan empat buah akhbar bahasa Inggeris - Daily Telegraph, Evening Standard, The Independent dan Times, London.
Sorotan mengenainya bermula dengan kisah Abu Abdullah, Raja Islam yang terakhir di Sepanyol manakala menunggang kuda dan berhenti di puncak sebuah bukit lalu memandang dari jauh bumbung Istana Alhamra. Ia berlaku pada abad ke-15 setelah tenteranya ditewaskan oleh laskar Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella.
Wajahnya begitu sedih dan ia menangis ketika memandang ke arah tempat tinggal nenek moyang yang dulu memerintah Andalusia sebegitu lama.Ibu yang mengiring memarahinya: “Menangis, menangislah kau seperti betina kerana kau tak dapat mempertahannya seperti anak jantan.’’
Dalam pelbagai buku dunia Barat nama yang disebut ialah Boabdil. Para penulis tidak menyebut nama Abu Abdullah. Hal tersebut berupa satu penghinaan.Menurut Emma Hartley, pemerintahan Islam selama 800 tahun itu sesuatu yang “terbaik sekali”. Kerana waktu itu Eropah mengalami Dark Ages manakala dunia Islam telahpun memiliki pelbagai perpustakaan yang menyimpan karya-karya sastera, mempraktik ilmu-ilmu kejuruteraan, perubatan dan lain-lain jurusan sains.
Seperti ditulis oleh Hartley: In many ways Europe is a product of Islam.
Lantas dicatat pendapat Dr. Tim Winter dari Universiti Cambridge: “Eropah yang kita kenali tidak mungkin lahir tanpa Islam. Bentuk rupa pelbagai bangunan berasal dari tenaga tukang-tukang bina mereka. Pelbagai teknik termasuk pemasangan cermin-cermin jendela yang cantik berasal dari mereka juga.Begitu juga pelbagai jenis kain, permaidani, pembikinan kertas tulis, pembinaan hospital-hospital serta buku-buku teks perubatan dalam bahasa Arab.’’
Dr. Winter juga menyebut peranan Thomas Aquinas yang mengembangkan falsafah Barat: “Beliau menyebut pengarah tokoh yang dipanggil The Philosopher, iaitu Aristotle dan pengarah The Commentator iaitu Ibni Rushd yang menulis pelbagai pendapat Aristotle.Tingkah-laku
Lihat saja tingkah-laku pembesar Inggeris bila bangun pagi lalu minum kopi yang berasal dari Turki. Kakinya melangkah permaidani Turki atau Parsi.Beberapa ekor kuda kepunyaannya dibawa sejak abad ke-18 dari negara Arab. Jika sembahyang di gereja ia melakukannya dalam bangunan besar ciptaan idea dunia Islam”.
Seperti telah dicatat dalam buku sejarah, Sepanyol ditawan semula oleh golongan Kristian pada tahun 1492. Warga Yahudi dan Islam kemudian dipaksa menukar agama mereka. Kerana itu ramai membawa diri ke negara-negara lain termasuk di Afrika Utara, Mesir dan Turki.
Berlaku kemudiannya adalah Spanish Inquisition. Yang dicurigai keteguhan agama, mereka disiksa dan jika sabit kesalahannya maka dibakar hidup-hidup.Abu Abdullah (Boabdil) mati di Afrika Utara dalam satu perjuangan lain. Mengenai nasib malangnya dikatakan: “Ia menjadi korban dalam satu perjuangan lain sedangkan dulunya ia mengelak maut dalam perjuangannya sendiri.’’
Pemberontakan berlaku di kalangan rakyatnya kerana ia berunding menyerah-kalah kepada Ferdinand dan Isabella.

Disebut antara lainnya adalah pengaruh Arab dalam muzik flamenco Sepanyol. Lalu muncul muzik Hispano-Arab. Tidak ada paksaan dalam pemerintahan Islam bersabit agama.Menurut laporan Ayan Bayaumi, seorang penulis Mesir dalam sebuah akhbar Amerika, warga Islam di Britain telah meningkat hingga 1.6 juta, di Itali satu juta dan di negara Perancis antara 4 hingga 5 juta.Lain negara, lain kisah, dugaan dan cabaran. Namun, ada kalanya penulis bukan Islam membela mereka.

10:42 PM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
UNTUK PENGETAHUAN ANDA VITAMIN UNTUK MENGURUSkan BADAN
Sapa berminat nak menguruskan badan ini dia vitamin yang boleh membantu pemakanan anda.......tak percaya???...bukan aper jika anda makan vitamin ini anda akan rasa kenyang atau perut sentiasa penuh dan selera makanan anda akan berkurangan...jadi anda tak perlu mengeluarkan duit untuk membeli makanan...vitamin ini baik untuk orang yang ader kencing manis...ia kan menambahkan tenaga dan kesihatan yang sihat...boleh kata macam2 lagi....vitamin ini banyak di jual di farmasiiiii....... saya pun makan juga sapa tak mau sihat dan sentiasa rasa muda.....selalu...ader lagi vitamin untuk anda menjadi muda.......selalu.....nak tahu....???? tungguu....
Posted by
idros
at
10:39 PM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
TIP NAK JADI JUTAWAN

Saya nak rekomen kepada kawan2 bacalah buku ni bagi siapa nak jadi jutawan kerana banyak tip-tip yang boleh digunakan untuk berjaya dan menggunakan wang secara yang betul dan juga berjaya dalam misi nak jadi seorang jutawan.Saya dah khatam 3 ke 4 kali..buku ini sebab nak jadi jutawanlah juga....ingat adam khoo seorang aje nak jadi jutawan....kiter pun boleh...
Dibawah ini ader link mengenai Adam khoo dan buku nak jadi jutawan..:-
http://pts.com.my/index.php/buku/index2/bagaimana-saya-boleh-menjadi-jutawan/
http://www.adam-khoo.com/
http://pts.com.my/index.php/penulis/bio2/adam_khoo/
http://marvinlee.net/blog/2010/02/secrets-of-building-multi-million-dollar-businesses-by-adam-khoo/

10:36 PM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
cerita UPIN DAN IPIN DAH KE LUAR NEGARA RUPANYA! KITA PATUT RASA BANGGA
Wahhh!!!! ini yang kiter nak tengok filem 3D kartun malaysia berjaya keluar dari malaysia dan mendapat sambutan hangat....kiter tak mau menjadi pengguna aje....tapi menjadi pencipta untuk menghasil karya2 yang hebat setanding dengan orang barat ini lah yang diajar oleh Rasullullah s.a.w..kalu boleh kiter nak lihat semua bidang orang kiter berjaya untuk membawa idea2 baru ke pentas dunia...tapi sayang tak banyak anugerah2 untuk membangun semangat para pencipta di Malaysia yang menghasilkan karya2 yang hebat di segenap bidang....yang banyaknya kiter lihat kat TV tu karya penyanyi dan penghibur aje yang hebat....tapi tak kena pun hanya kat Malaysia aje....
"BAGI MEMBANGUNKAN BANGSA YANG HEBAT BERMULANYA DARIPADA ILMU DAN MENGHASILKAN RAMAI PENCIPTA DARI SEGENAP BIDANG"
Syabas kepada pencipta UPIN DAN IPIN....usaha tangga kejayaan dari INFOZMEDIA.COM..
Posted by
idros
at
10:32 PM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Batal program aku nak pI JOGING kerana hujan
Petang ini! suasana di ruang angkasa kat rumah aku medung aje,batal semua projek nak pi joging kat mengkuang dam.Tentunya hujan...nanti demam laa plak....
Tapi orang tua-tua kata..kalu kena hujan mandi cepat2 macam mana nak cepat kalu kena...hujan tu kat jalan atau kat kawasan yang tiada tempat berlindung....demam ..lahh aku ni..
masa dulu aku kerap sakit kepala sebab aku mandi kepala dulu alaihai..kat rumah aku ni pakai pancutan air hujan..hari2 mandi kepala dulu...sebab tuu laa aku sakit kepala..
Jiran org tua2 kat rumah aku nasihat mandi kaki dulu..lepas tu badan baru lahhh kepala..ohhh gitu rupanya...aku pakai hemtam aje.... la ni baru aku tak sakit kepala lagiiii....kadang2 petua orang tua2 ada gunanya juga.....
Kalu nak badan sihat kena laa joging.....baru peluh dari badan keluar. ni duk berkerja dalam tempat berhawa dingin urat-urat semua sejuk..mulalahhh mai urat baluk..tak mau pi kerja...ambil satu hari pi joging..barulah pi kerja nampak bertenaga dan aktif.
Badan sihat baru Minda cergas.....bolehlah banyak berfikir.....fikir ape yeea....?????
Badan sihat baru Minda cergas.....bolehlah banyak berfikir.....fikir ape yeea....?????
Posted by
idros
at
10:29 PM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Letupan Meteor di Amerika dan letupan gunung berapi di Eropah
macam-macam dok jadi kat dunia!!! baru ini meteor yang besar meletup kat ruang angkasa Amerika Syarikat sekali gus menghasilkan letupan sonik yang kuat hingga menggegarkan rumah-rumah serta boleh di dengari ratusan kilometer jauhnya pada malam rabu lalu.Gambar dibawah pula menunjukkan satu kumpulan abu bergerak ke langit dari sebuah kawah di glasier Eyjafjallajokuli selatan iceland pada rabu lalu.Adakah ini menunjukkan dunia sudah tenat dan sedang menghadapi saat-saat kemusnahaan.....
Posted by
idros
at
9:58 PM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to:
Posts (Atom)