Pages

Wednesday, June 30, 2010

Jalan2 di Bukit Cerok Tok Kun Bukit Mertajam






Pagi ni aku pi jalan2 naik bukit cerok tok kun nak pi mengkuang Dam lambat nanti panas so aku pun pi lahh cerok tok kun..lama dah tak pi kat sana ,lepa buat macam2 perubahaan ..kolam pun buat lain .dan taman2 pun diubah suai.kawan2 boleh bawa anak2 pi mandi ka situ sambil pi jalan2 kat bukit tuu.

Saturday, May 29, 2010

Siapakah Real "IRONMAN"

Klip 2 kali untuk melihat movie ini,terimakasih..



Anda dah menonton movie IRONMAN_2??bukan aper selama ini kiter ingat ia hanya sekadar movie aje tetapi realitinya memang wujud org macam ini ironman cuma dia tak cipta ironman aje,nak tahu siapa dia baca petikan dari utusan malaysia..siapakah org ini..mana tau anda saya boleh jadi macam itu boleh ubah dunia ke arah lebih baik kehidupan dan teknologi..

Elon Musk personifikasi Iron Man

JOHARDY IBRAHIM

RAMAI daripada anda mungkin sudah menonton wayang The Iron Man 2. Tentu anda sudah kenal watak utama yang dilakonkan oleh Robert Downey Jr. iaitu Tony Stark. Walaupun Iron Man itu sememangnya rekaan komik semata-mata tetapi watak Tony Stark adalah disandarkan kepada seorang genius yang benar-benar wujud! Memperkenalkan Elon Musk. Pelik nama ini. Untuk seorang lelaki kulit putih berasal dari Afrika Selatan, tiada yang pelik sangat sebenarnya pada nama itu. Tetapi bagaimana dia dikaitkan dengan watak Tony Stark? Pertamanya, dia terbabit dalam ledakan Internet, malah mencipta kekayaan pertamanya menerusinya. Kemudian dia terlibat pula dalam mencipta roket untuk bukan sekadar ke angkasa lepas tetapi sasaran ke Planet Marikh. Musk juga menarik perhatian penggemar automotif dengan model kereta elektriknya, Tesla Roadster.

Paling terbaru, Musk termasuk dalam senarai majalah Time '100 orang yang paling bakal memberi kesan kepada global pada tahun 2010'. Teristimewa, artikelnya ditulis sendiri oleh pengarah filem Iron Man 2 tersebut iaitu Jon Favreau yang mengesahkan Musk menjadi inspirasi kepadanya dalam penghasilan filem yang hangat ditayangkan sekarang. Selain itu, Musk juga dilapor membenarkan pejabat SpaceX dijadikan lokasi penggambaran babak Stark membina baju perisainya. Ternyata watak Tony Stark adalah personifikasi kepada Elon Musk iaitu seorang jutawan tetapi pada masa yang sama, adalah jurutera luar biasa yang terbabit dalam bidang roket, angkasa lepas, kereta elektrik, tenaga solar dan Internet.

Manusia pintar sebegini, hanya muncul dalam bilangan kecil setiap satu generasi. Malah, membaca kisah latar belakangnya, terasa lebih menyeronokkan dan lebih merangsang motivasi berbanding membaca kisah Bill Gates. Satu daripada artikel panjang yang cuba menghuraikan keperibadian Musk ialah tulisan Andrew Corsello dalam majalah GQ terbitan Februari 2009. Menurut Corsello, pada usia enam tahun lagi, Musk rajin membaca dan tidak melupakan fakta-fakta yang diserapkan ke mindanya. Adiknya akan bertanya 'berapa jauhkah agaknya tinggi bulan di angkasa'. Kakaknya menjawab 'satu bilion kilometer!. Dan Musk, tersenyum dan berkata, 'sebenarnya, jaraknya ialah 384,400 km'.

Kedua-dua adik beradiknya tersentak dan merenungnya dan Musk menyangka kesenyapan itu 'jemputan' untuk bercakap lagi, berkata, 'pada kadar purata'. Berpengaruh Majalah Esquire pula pada keluaran Oktober 2008 menyenaraikan Musk dalam 75 orang paling berpengaruh di dunia. Di situ, dia menjelaskan mengapa dirinya memberi tumpuan besar kepada usaha penerokaan angkasa lepas. Secara ringkasnya, Musk berhujah kemungkinan dunia berdepan dengan risiko terkena tahi bintang atau letusan gunung berapi raksasa yang akan memusnahkan manusia di muka bumi. Jalan paling wajar, ialah meneroka kehidupan di luar Bumi. Atas alasan ini, dia memulakan SpaceX. Musk berazam untuk membawa manusia ke angkasa lepas dengan menghasilkan teknologi roket dan pada masa yang sama, memastikan kos membawa manusia ke angkasa lepas boleh dinikmati ramai. Masih belum jelas siapa Musk?

Pada usia 24 tahun, Musk menghentikan pengajian peringkat doktor persuratan (Ph.D) dalam bidang fizik di universiti tersohor Stanford tidak sampai 48 jam selepas mendaftarkan diri pada 1995. Dia memilih untuk menjadi pereka perisian komputer menerusi syarikat Zip2 dan empat tahun kemudian menjualnya pada harga AS$307 juta kepada Alta Vista, satu bahagian dalam Compaq. Hasil daripada jualan itu, Musk bersama beberapa rakan melancarkan X.com iaitu syarikat perkhidmatan kewangan dengan kaedah pembayaran menerusi e-mel. Pada tahun 2000, X.com bercantum dengan Confinity, sebuah syarikat yang asalnya ditubuhkan bagi menyalurkan wang antara perkakasan Palm Pilot dan entiti yang digabungkan menerusi pembayaran e-mel menerusi PayPal, yang dimiliki oleh Confinity.

Pada Februari 2001, X.com menukar namanya kepada PayPal. Pada Oktober 2002, PayPal dibeli oleh eBay pada harga AS$1.5 bilion dalam bentuk saham. Sebelum jualan itu, Musk sebagai pemegang saham terbesarnya, memiliki 11.7 peratus ekuiti. Meneruskan cita-citanya, Musk melancarkan syarikat ketiganya, Space Exploration Technologies (SpaceX) yang kini dia menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi. SpaceX membangun dan mengeluarkan roket ke angkasa lepas. Pada 23 Disember 2008, SpaceX diberi kontrak bernilai AS$1.6 bilion oleh Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) untuk melancarkan 12 penerbangan roket angkasa lepas Falcon 9 dan Dragon ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) bagi menggantikan Space Shuttle yang dihentikan perkhidmatan tahun ini.

Di peringkat permulaan, roket milik Musk itu berfungsi mengangkut kargo manakala angkasawan menaiki roket Rusia, Soyuz. Pada masa ini, Musk masih melobi untuk mendapat kontrak mengangkut angkasawan AS ke ISS. teknologi Kalau kita berhenti sejenak dan fikirkan mengenai industri angkasa lepas. Selama ini, ia dikuasai oleh syarikat gergasi seperti Northrop Grumman, Lockheed Martin, Boeng dan sebagainya. Malaysia sendiri menggunakan teknologi firma Perancis untuk melancarkan satelit Measat. Tetapi SpaceX ini lahir sebagai sebuah 'syarikat baru bermula' tetapi kerana ia didokong oleh manusia pintar seperti Musk, era angkasa lepas diteroka oleh syarikat biasa, sudah bermula.

Sebagai penggemar kereta, saya mengaku pertama kali terbaca mengenai Musk bila dia memperkenalkan kereta elektrik Tesla Roadster pada Oktober tahun lalu. Tatkala persoalan mengenai pentingnya industri automotif mencari sumber alternatif kepada bahan api tradisional iaitu minyak petrol dan kemudian terdengar keluhan pembuat kereta bahawa kos melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas kereta elektrik sangat tinggi, tiba-tiba Musk muncul dengan Tesla Roadster. Lebih memalukan industri automotif global, Musk bukan orang yang dikenali pun sebagai 'orang automotif' seperti Carlos Ghosn misalnya.

Namun, kemunculannya bersama Tesla adalah manifestasi wawasannya untuk mewujudkan persekitaran lebih hijau kepada Bumi. Malah, Tesla disasarkan untuk menghasilkan kenderaan elektrik yang mampu dimiliki oleh ramai orang. Tesla Roadster mungkin sedikit premium tetapi Musk berhujah bahawa harganya yang mahal bertujuan menampung kos R&D untuk model untuk pengguna umum kelak. Sudah ada majalah automotif menyamakan wawasan Musk dengan Henry Ford yang menghasilkan Model T untuk kegunaan rakyat umum. Lebih menarik, Musk menawarkan kepada syarikat-syarikat pengeluar kereta supaya menggunakan enjin elektrik yang dikeluarkan oleh Tesla Motors supaya boleh menjadi pemangkin kepada R&D kereta elektrik masing-masing. Harap Proton mengambil perhatian dalam hal ini. Talian hubungan Tesla Motor boleh diperolehi di www.teslamotors.com Nanti bila Elon Musk berkunjung ke Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dan mendengar ceramahnya. Ia pasti menjana semangat untuk memajukan diri tanpa sekatan waima ke angkasa lepas sekali pun!

Thursday, May 27, 2010

Tip Mengurus Perniagaan Di Rumah




Syabas saya ucapkan pada puan-puan yang ada menjalankan perniagaan dari rumah.Antara perniagaan yang sering dijalankan dari rumah seperti berikut:-

1)Menjahit
2)Memasak lauk
3)Membuat Kek,kuih-muih,biskut
4)Membuat Pizza
5)Mengadakan kelas tuisyen
6)Menjual produk-produk jualan langsung
7)Menanam sayur
8)Menjaga anak-anak
9)Menulis Buku
10)Menjual saham amanah atau takaful

Ada di antara kita telah menjalankan perniagaan ini bertahun-tahun tapi tak pernah rasa sebarang peningkatan dari dulu sampai sekarang...sama saja?Pada isu kali ini kita akan berkongsi sedikit tip untuk para peniaga yang beroperasi dari rumah.

Alhamdulillah masih dapat menjadi suri tetapi keinginan untuk menambah taraf ekonomi keluarga mendorong anda membuat bisnes kecil-kecilan dari rumah,pastikan anak itu diuruskan dengan baik juga.Janganlah sebab ibunya sibuk ambil upah jahit,anak-anak pun tak terurus,tak salin pakaian,makan pun tak tentu dan seterusnya.

Puan-puan yang berbisnes dari rumah mesti rajin mencatat satu bentuk akaun untung rugi untuk dapat melihat apakah bisnes yang kita jalankan ini berbaloi.Buku aliran wang tunai untuk setiap bisnes yang dibuat dirumah harus ada supaya senang dibuat rujukan.Contohnya:-

Tarikh | Catatan | Wang Keluar | Wang masuk | Baki

Jadi setiap hari jika ada sebarang wang yang keluar atau masuk ,kita dapat memantau.Senanglah nanti,apabila habis satu bulan dah tahu keadaan kewangan kita dan jumlah yang tercatat mesti sama dengan wang yang ada di tangan kita.

Bayangkan jika kutipannya RM70 sehari,30% disimpan setiap hari,ini adalah RM21 sehari,dan jika kita berniaga lima hari seminggu,jumlahnya RM420 sebulan!Dalam masa setahun sudah dapat RM5,040.Dengan wang banyak ini bolehlah dibuka cek pula.Selalunya jika kita ingin membesarkan perniagaan,pihak bank suka melihat akaun bank aktif.

Matlamat kita berniaga walaupun kita anggap ianya kecil,tetapi jika dijalankan dengan cara istiqamah dan mempunyai rekod-rekod yang kemas,insya Allah ia boleh berkembang.

Sejumlah besar hasil jualan adalah keuntungan.Ini yang harus diasingkan.Jika kita inginkan berbelanja juga dengan hasil jualan setiap hari,tetapkan 'elaun harian'kita dan catat ini dalam ruang 'wang keluar' supaya mudah kita lihat situasi secara keseluruhannya.Jangan pandang remeh catatan harian ini walaupun anda rasa bisnes yang diceburi kecil.

Sunday, May 23, 2010

Wanita dicipta melengkapkan kehidupan lelaki



WANITA dalam Islam mempunyai martabat yang tersendiri malah penciptaannya mempunyai rahsia, hikmah serta keistimewaan. Mereka bukan sahaja sebagai pelengkap kehidupan kaum adam tetapi juga penerus generasi manusia di alam ini.

Namun keistimewaan wanita bukanlah sampai ke tahap untuk diagungkan dan kelemahan mereka juga bukan bererti untuk dipijak dan ditindas.

Melihat asal kejadiannya juga yang dicipta dari sebahagian rusuk Nabi Adam a.s, ia tidak dicipta dari kepala kerana mereka bukan makhluk yang perlu dijunjung dan tidak juga diciptakan dari kaki kerana mereka bukan untuk dihina. Tetapi mereka dicipta daripada anggota yang dekat di hati untuk sayangi dan dilindungi.

Namun sejarah wanita dalam pelbagai tamadun dunia memperlihatkan pelbagai evolusi. Sama ada di bumi Arab, India dan China, sejarah wanita menyaksikan mereka menjadi pemuas nafsu kaum lelaki, dinafikan haknya dalam pemilikan harta, pendidikan, sosial dan sebagainya.

Kehadiran Islam meletakkan kedudukan mereka bersesuaian dengan fitrah kejadiannya. Mereka memiliki kekuatan tersembunyi yang sangat diperlukan oleh kaum lelaki sebagai penyempurna kehidupan.
Wanita pada hari ini juga sentiasa berhadapan dengan cabaran dan mampu mencabar golongan lelaki dalam pelbagai bidang terutama kerjaya.

Namun, pada masa yang sama tanggung jawab utama sebagai isteri dan ibu menuntut kepada perhatia dan kualiti yang sewajarnya.Peranan ibu bapa tidak pernah terhenti selagi nyawa di kandung badan. Pelbagai budaya hedonisme yang melingkari kehidupan masyarakat pada hari ini memerlukan ibu bapa mempertingkatkan ilmu serta bijak menangani perubahan minda dan sikap anak-anak.

Justeru, tidak ada erti pencen dalam mendidik anak-anak bagi ibu bapa waima anak itu telah berkahwin.

Transisi dunia kanak-kanak kepada remaja juga perlu difahami oleh ibu bapa supaya mendekati mereka dengan lebih berhemah dan menjadikan mereka sebagai sahabat.

Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 33 adalah antara panduan yang perlu dijadikan panduan dalam pendidikan anak-anak: Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutlah suatu hari (pada hari itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah SWT adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.

Makan Nasi Bherani Paha Kambing dengan kawan lama







Tengok cuaca okay je...aku pun telefon leer kawan aku tuu Rosli dah 6 thn atau 7 thn dah tak jumpa..sebelum tu kami dah buat temujanji kat facebook!!! sekarangkan zaman IT kiter pun kena berubah juga ikut era moden inii nanti ketinggalan zaman plak..Anak2 muda sekarang pun dah ke tinggalan zaman ...

kami org lama plak yang mengikut peredaran zaman ..canggih tuuu facebook lagi hehehe!!!!! tanya orang muda2 sekarang apa itu facebook lepa pun tak tahu???...mungkin tak ambik tahu kut...tuu la jadi mat lepa,mat doktor sendiri,mat rempit dan aper2 mat lagiii..

kembali balik tentang makan kat Restoran Puncak Mutiara Cafe ,kami makan Nasi berani paha kambing ohhh..licin tengok kawan aku makan ..aku pun licin juga....macam2 kami bertukar cerita katakan 6tahun tak jumpa bukan 6 bulan....tengok kawan aku tu dah banyak uban bukan kat rambut ajee kening,misai dan janggut dah banyak uban...tu kira dah berumur leee...Apa pun usia meningkat tanggunjawab bertambah dan tenaga plak makin berkurang hanya iman dan amal yang menjadi kekuatan dan podaman.

Monday, May 17, 2010

"WANI" dalam kenangan

Sebelum baca bukalah video ini..terlebih dahulu!!! ditujukan kepada adik "WANI" Bagi memainkan video ini click 2 kali







Selama mengenali WANI dia adalah seorang adik yang ceria dan sentiasa peramah pada semua pekerja-kerja kat tempat dia berkerja.Bagi aku WANI adalah seorang adik yang mempunyai cita-cita,tekun dalam berkerja dan mempunyai minat untuk memyambung pelajarannya...jika dibandingankan dengan operator yang sedia ada kat situ macam tiada planning untuk masa depan mereka ....aku memberi dorongan supaya ia berusaha untuk menyabung pelajaranya daripada berkerja di kilang..yang tiada masa depan sebab aper WANI adalah operator biasa kat situ..dan pecapaian pelajaran wani tak la teruk sangat WANI teruskan cita2 hingga ke puncak kejayaan...abang dah melalui liku2 kehidupan masa belajar ...macam2 ujian ..tapi sabar hingga berjaya menghabiskannya...Untuk kita berjaya ilmu amat penting..sebab dengan ilmu kiter dapat menyelesaikan semua masalah....

Memang betul diantara kita tiada apa2 tapi ingat kiter masih ader persaudaraan (saudara islam)hubungan ini yang membuat diantara kiter mempunyai talian sampai mati,mungkin wani masih muda atau lupa perkara ni.Tak per abg tak salah-kan wani..nasihat abg pada wani janganlah cepat salah-faham fikir dulu sebelum bertidak..be profesinol sikit..

Abg nasihat WANI teruskan vitamin yang abg bagi kat wani tuu Enervon-C selain tu control makan dan banyak bersenam bila makan manis2 tu minumlahhh air masak atau mineral banyak2 supaya kandungan gula dapat di neutralkan balik dalam badan ...kerana wani masih muda lagiii jagalah..kesihatan wani..



.......Abang doakan Wani berjaya dalam mengejar cita2.......

WE FROM INFOZMEDIA.COM HOPE U SUCCESS IN YOUR FUTURE....GOOD LUCK..WANI

"WANI DALAM KENANGAN"

Tuesday, May 11, 2010

9 Panduan memulakan perniagaan yang mampu menjana keuntungan


1- Lakukan apa yang anda gemar
Anda akan menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk memulakan sebuah perniagaan serta terus membentuknya agar terus berjaya.Oleh itu,adalah penting anda benar2 seronok dengan apa yang dilakukan.

2- Memulakan perniagaan sementara anda masih bekerja
Tidak ramai orang yang mampu hidup tanpa sumber pendapatan.Ia mungkin akan mengambil masa yang lama sebelum perniagaan baru anda menghasilkan sebarang keuntungan.Masih bekerja pada peringkat awal perniagaan akan memastikan anda sentiasa mempunyai wang dalam poket.

3- Jangan lakukannya seorang diri
Anda memerlukan sistem sokongan daripada kaum keluarga dan rakan2 semasa berniaga.Mereka bukan sahaja boleh berkongsi idea,tetapi juga memberi sokongan moral ketika perlu.

4- Dapatkan pelanggan terlebih dahulu
Jangan tunggu sehingga anda memulakan perniagaan secara rasmi untuk mendapatkan pelanggan.Jalinan perniagaan dibuat pada peringkat awal lagi seperti menjual atau berikan produk atau perkhidmatan secara percuma.

5- Buat Kajian
Anda perlu membuat kajian yang banyak ketika menulis pelan perniagaan.Untuk memulakan sesebuah perniagaan,anda perlu mahir dalam industri ,produk dan perkhidmatan.Mengikut persatuan yang berkaitan dengan industri sebelum memulakan perniagaan adalah satu langkah yang baik.

6- Dapatkan bantuan profesional
Bantuan profesional seperti akauntan atau penguam dalam menguruskan perkara2 berkaitan dapat menjimatkan masa dan juga wang untuk jangka masa panjang berbanding melakukannya sendiri,terutama apabila anda tidak mempunyai kelayakan yang berkenaan.

7- Sediakan Wang
Simpan wang yang diperlukan,jika perlu.Dekati pelabur atau memberi pinjaman yang berpotensi.Pada masa yang sama,pastikan anda mempunyai pelan kewangan.Jangan menyimpan harapan untuk memulakan perniagaan dengan hanya ke bank dan mendapatkan wang yang diperlukan dengan mudah.Pemberi pinjaman biasanya tidak sukakan idea yang baru dan perniagaan tanpa rekod bukti.

8- Bersifat profesional dalam setiap aspek
Segalanya mengeani diri anda dan cara anda mengendalikan perniagaan perlu mengambarkan bahawa anda bersikap profesional dalam perniagaan.Ini bermakna anda perlu mendapatkan ke semua kelengkapan seperti kad perniagaan ,telefon dan alamat e-mel perniagaan,serta melayan orang lain dengan tertib dan profesional.

9- Pastikan anda tahu mengenai isu2 berkaitan undang2 perniagaan
Mengetahui perkara tersebut daripada peringkat awal akan membantu memudahkan anda mengenadalikan perniagaan dengan lebih baik.
 

Blogger